Assalamualaikum yaaww!
Hari ni aku nak bercerita pasal adik. Adik aku ada dua orang. Satu yang besar & satu yang kecik. Dua-dua ni perangai dorang macam langit dan bumi. Macam yin & yang. Walaupun jarak umur diantara mereka sangatlah besar iaitu 5 tahun, tapi sebab takda keserasian, maka bila dorang bergaduh tu, rasa macam sebaya jer. Sorang kaki sakat, sorang lagi kaki tacing. Hari-hari terpekik-pekik, kalau lembu dengar pon mesti depression. Tapi yang tak boleh blahnya, dendam kesumat camne pon, tido mesti nak sama-sama. Hehe sweet adik-adik aku ni. Masa tido jelah dorang akan berbaik-baik, yang suke nyakat jadi penyayang, siap kiss si kecik tu banyak kali sebab geram. Yang suka tacing tu, tak dapat nak tacing sebab tengah tido kan...
'ain suka kat abbas masa dia tido je, comel ouh. Tapi bila dia bangun, tak comel langsung' kata ain kat aku... ain,abbas kalau dengar ni mau tacing dow :')
dari kiri: syamilah(my third sis),me,ibu yang comell bersama abbas yang brprangai seperti orang tua:)hehe
Tapi ini jam aku nak cita pasal Abbas. Abbas ni umur dia sekarang 8 tahun. Dia ni adalah seorang budak yang genius yang cute haha. Masa mak aku ngandungkan kakak, aku & ain, mak aku keje sebagai sorang add math teachear masa tu. Tapi masa pregnant abbas,mak aku kena check soalan budak2 spm. Kiranya, memang sepanjang pregnant abbas tu,otak mak aku sentiasa berjalan. . Dulu kakak aku lahir kat hospital pasir mas jer, aku plak kat HKL. Seb bek aku lagi urban dari kakak aku hahahaha.
Tapi abbas lahir kat private hospital. Columbia Asia. Nama hospital nak gah je kan.Abbas ni memang genius, dia punya kemahiran berfikir tu memang style. Abbas ni boleh bercakap masa umur dia 1 tahun, or less than that. Tapi memang sangat-sangat cepat. Lepas tu words that coming out from his mouth memang loud & clear. Tak pelat & tak mumble.
Abbas ni aku kata genius sebab logical thinking dia bagus. Kalau beli barang yang do-it-yourself tu, lek je dia boleh pasang sendiri. Lepas tu, dia ada very strong memory. Apa yang korang cakap semua dia ingat. Kalau dia tak berapa nak ingat pon, dia akan ingat benda-benda yang related to it... Pehh modal sebulan. Asik dia ulang-ulang
' tu lah kan adik dah cakap, lainkali adik cakap ni jangan dengar'. Siap sindir tak tahan.one more,dia nie suka sangat benda manis-manis.Ade sekali tu,time dk kat supermarket.....
aku: adik,ibu suh adik amik ape tadi,acik tak dengar la
abbas: umm...jap2 adik pikir ea....haa!!!ibu suh amik sos cili,buah anggur 1 kilo,lady's choice,kicap,cadbury ngan kinder bueno....
aku: heyp!!pandai2 nye dia g tambah....tak leh2..kan baru minggu lepas adik pi klinik gigi....gigi adik dah nak rosak dah tu..abbas: (tsunami dah)
aku: hmm...dah2..jangan nangis...acik g amik susu dutch lady ke...buah ke...ok?
abbas: (ribut taufan)
aku: ok2...adik bleh amik...
abbas: (winter sonata)wink...wink:)
aku: ......*--*...bertuah btul budak neh
*******************
Lepas tu, abbas ni pandai math. Sebab mak aku anta dia pergi kumon. Dia buat calculation dalam kepala jer. Masa umur 5/6 dah pandai tambah tolak yang melibatkan 2 nombor. Kitorang pon selalu la buat popkuiz kat dia..Contoh macam ' adik 24+17 berapa?' 'kejap kejap adik pikir..umm 41!'
*****************
ade skali tu,dia baca la buku novel kanak-kanak tu..alah..adam kecil tu..then,kat situ ade perkataan
marak n dia tak faham.lepas tu,dia tanya la ibu aku ape maksud marak.the next month,kitorang pergi la kenduri sedare kat bukit marak....
abbas: ibu,aie tu kan,ibu cakap kalau marak nie orang guna untuk api...adik rase kan Bukit Marak neh mesti bukit tu pernah terbakar dulu dgn maraknya,kan ibu?
ibu: LOL
hahahaha...aq un tak taw dari mane datangnye idea neh...
**************
Another interesting fact about abbas is, dia suka express pendapat dia. Kalau tanya apa-apa, dia akan jawab dengan jujur siap dengan explanation. He deliberates his words well. Tapi kadang-kadang sangat jujur. Hahahaha.
Ada hari tu,aku bagi abbas 2 lolipop colourful yg besar punye tu. Saje-saje jelah bagi sebab dia rajin tolong aku. So nak dijadikan satu cerita, sejak aku bagi lolipop ni, aku suka la mintak tolong abbas amikkan itu ini. Sampailah permintaan yang ke-3 abbas bersuara.
aku : adik tolong amik air jap..
abbas : acik tak nampak ke adik tengah baca buku ni. nanti tak faham macam mana.
aku : heyp! kan acik dah bagi lolipop aie tu? dah bagi lolipop pon tak nak tolong ye
abbas : tapi acik bagi sekali jer, tapi mintak tolong 3 kali ! mana boleh!
akibatnya...aku yang kena pergi amek sendiri....hehe
********************
Walaupun dia dah berperangai macam orang besar, tapi at times, perangai dia macam budak-budak juga. Ada masa tu, aku amek dia balik dari sekolah, tengok muka dia masam. Aku tanya, dia taknak jawab lepas tu mata dah berkaca. Alamak aku cemas, aku tak bawak duit ni. Abbas ni kalau dia nangis atau buat perangai, cara nak pujuk dia, korang mesti ada duit. Korang kena bribe dia dengan slurpee, mcD takpon toys. Baru dia berenti buat perangai. Aku konon-konon buat caring ah, siap peluk abbas tanya kenapa.
aku : adik kenapa ni muka masam ni..meh cite kat acik meh
abbas : ...wuwuw...adik tak dapat masuk pertandingan buat bunyi binatang.......
aku : ape tu? buat ape nak jadi binatang?
abbas : ..wuwuw..murid-murid kena buat bunyik binatang, nanti cikgu akan pilih yang terbaik...adik tak terpilih..tapi kawan adik terpilih...
aku : isy hape la cikgu adik ni, ade ke tak pilih adik!
abbas : (lagi lebat air mata dia)
aku : dah dah jangan nangis, cuba adik buat bunyi binatang tu. Acik dengar. Ape la cikgu ni!
abbas : uu uuk ukkk~~~
aku : bunyi apa tu? ada ke binatang bunyi camtu?
abbas : ........ ayam la acik........... (nangis lagi lebat)
Haha bukan salah aku, tapi siryes tak macam bunyi ayam. Anyway, esoknye tu dia menang award kuiz math. Barulah dia gembira balik.
Actually, banyak cite pasal abbas ni, tak menang tangan aku nak menaip hehe. Walaupun dia macam ni, tapi happening la family kitorang ni dengan kehadiran dia. Cuma kena kuat mental & fizikal la kalau dia ambush. Pedih pedih hehe....