Banyak ilmu diperoleh. Kebanyakannya pemerhatian terhadap didikan agama anak-anak kini.
Asalnya hadir sebagai peserta, kemudiannya diminta oleh Auntie Hanani untuk menjadi fasilitator program memandangkan peserta terdiri daripada kanak-kanak ribena je..tapi aq still tanak hehe
.
![]() |
Sedang menerangkan tujuan dan fadhilat solat |
Kenapa kita solat?
-Sebab kita nak sembah Allah!
-Sebab Allah Tuhan kita!
-Sebab Allah suruh la!
-Sebab kalau tak buat dosa!
-Sebab kita nak bersenam!
Suka dengan ayat yang terakhir itu, itu antara fadhilat(kebaikan) bersolat.
Sambil mengisi borang 'ujian' pergerakan(praktikal) dan bacaan solat mereka yang berumur 9 tahun ke atas, saya meninggalkan komen untuk ditatap sekilas.
Sebelum itu, saya memerhati 'result' semua mereka secara majoriti.
Untuk yang 10 tahun ke atas, bacaan Al-Fatihah mereka memang mencerminkan didikan ibubapa. Bacaan wajib yang satu ini diperdengarkan dan dapatku lihat, kesemua adik-adik dan mungkin 'kakak' yang saya test ini tidak ada yang memperoleh markah kurang dari 4 iaitu markah yang paling tinggi. Tidak ada teguran! Tahniah buat ibubapa yang mendidik!hehe
Serasa saya yang berumur 12 ke atas sendiri saya percaya, mereka tidak dibiasakan untuk mempelajari bacaan yang sunat. Menyebabkan solat yang dikerjakan dipenuhi amal yang wajib. Sempurnakanlah solatmu wahai adik(Er, ada yang lebih tua dari saya ni!), dengan amalan sunat itu akan membawa kalian ke satu alam yang lebih lapang dan tenang...
Solat, umpama panggilan seorang Kekasih untuk menghadapNya. Jika berdoa dengan rayuan manja dari seorang hamba dengan Tuhannya secara bersungguh-sungguh, insyaallah akan ditemui ketenangan dan nikmat yang tidak terkira dirasakan. Di situ, akan meresaplah embun cinta yang maha hebat terhadap Cinta Pertama kita. Siapa tidak mahu bercinta?
Alhamdulillah. Buat akak yang disayangi, carilah cinta dia melalui solat. Solat itu nikmat kerana itu, solatlah wahai ummat!
owh..terasa warak plak diri ini hehe
Jumpa Lagi, Insyaallah