Saya benci Cik Strawberry!
Hi
Entri kali ni mmg tidak bermakna langsung. Jika anda mendambakan hidup yang tidak bermakna sila teruskan membaca :')
Hi ni bantal busuk sy.. name die cik Strawberry. Kawanlah ngan die, die ni baek taw =)
Pada suatu petang yang hening, setelah bgn dri tidur petang, cik Strawberry berasa berkobar2 untuk menelaah pelajaran. did i just say 'menelaah'? weee....
Cik Strawberry telah mencatatkan target apa yang nak ditelaahkan diatas kertas A4 yang berharga rm 0.10 sen. List itu sungguh panjang.
Die telah membuat nescafe ice 1/2 tumbler, menyediakan air yassin & makanan ringan untuk dijamah ketika study nanti. Cik Strawberry juga telah mengeluarkan nota2 serta buku2 rujukan tak berapa nak tebal lagi ringan sehingga menambahkan otot2 di tangan yang keding itu. Tak lupe juga telah mengambil sebuah novel supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan efektif dan prodaktif.
Tetapi cik Strawberry terlupa untuk menyorokkan majalah solusi di dalam almari !!! Akibatnya...die telah lalai sehingga mood studynya hilang. Cik Strawberry akhirnya telah tertido buat kali ke 2 setelah penat menghabiskan 3 volume majalah tersebut.mood hari ini~ustazah
p/s: cik strawberry i hate you :(