Assalamualaikum
Aku bukanlah seorang yang suka berbelanja hebat. Kadang-kadang bila aku terasa nak beli barulah aku berbelanja. Jikalau tidak, aku lebih suka melihat duit yang tidak terusik di dalam purse. Namun aku mempunyai obsesi yang tiada tolok tandingan terhadap barang-barang comel. Aku susah nak define apakah itu barangan comel kerana ia sungguh broad. Tapi aku telah kenal pasti bahawa aku amat attracted dengan barangan comel dari Jepun.
Aku juga mendapati bahawa tulisan Jepun juga sangat comel. Korea pun sama. Bila ternampak tulisan Jepun aku terus teruja lantas membuat peace dan mengeluarkan suara seakan-akan loceng. Tahukah anda apakah itu suara loceng? Pergi dengar awek Jepun sebut perkataan 'kawaii ne!' Ha nanti pahamlah apa yang aku cuba sampaikan. Bimbo.
Walaupun kadang-kadang barangan comel ini langsung tidak praktikal dan tiadalah menyumbang kepada kehidupan harian aku, namun aku tetap berkeras untuk mahu memilikinya. Berikut adalah beberapa barangan comelsss yang aku miliki. Namun sayangnya mereka tidak praktikal dan hanya menyumbang kepada pembaziran sahaja.
Pinggan berbentuk katak. Sungguh tak puas bila makan nasi kerana sempit =')
sticker yang aku main beli tanpa mengetahui kebekesanannya..... Objektif : Mahukan castle sticker yang sangat comellll.
Beli multi curtain bajet tingkap bilik aku kecik macam rumah orang Jepun. Salah percaturan lah der.
Kerana aku telah mendapatkan result yang memuaskan hari tu,along telah membelikan aku benda ni. Kiranya, sehari-hari aku akan pulang ke rumah dalam jam 2.00 petang untuk main benda ni. Jadi solat Zuhur harus ditunaikan di surau sekolah semata-mata nak main benda ni nanti blek...hehe
Pesanan dari perempuan di atas : Jangan membazir di bulan Ramadhan...... mahupun bulan-bulan bukan Ramadhan. Pembaziran adalah amalan syaitan. Syaitans are not so cool. All muslims think it's bad . Jangan sampai saya tetak 18 kali baru tahu erti penyesalan. hahaha .Itu husna yang kata bukan aku. Bai.